Tulis artikel dalam Wordpress

Posted by admin On June - 18 - 2009

Hari ini ada seorang abang agak rapat dengan ana bertanya cara untuk menulis artikel menggunakan teknik “READ MORE” iaitu kita paparkan kepada penulis di halaman utama, ringkasan atau pendahuluan sesuatu artikel itu. tetapi di sini ana hanya ingin menunjukkan fungsi atau alatan yang disediakan oleh Wordpress untuk menulis artikel. Selamat belajar..kalo ada apa2 jangan malu tanya.

Gambar diatas menunjukkan Wordpress telah menyediakan navigasi mudah untuk anda membuat artikel baru. Sila tekan “New Post”.

Gambar diatas menunjukkan anda boleh ubah pautan artikel agar tidak sama dengan tajuk dengan tekan “EDIT” dan “SAVE” selepas selesai suntingan pautan itu.

Gambar di atas menunjukkan 2 bulatan yang bertanda A dan B B: untuk anda menulis artikel dan memasukkan beberapa pengaturcaraan HTML dan sebagainya. DEngan ini paparan artikel tersebut adalah mengikut pangaturcaraan anda. A: untuk ada menulis artikel tanpa menghiraukan pengaturcaraan HTML dan sebagainya. Apabila anda menggunakannya iaitu “Visual Mode” anda disediakan pelbagai alatan menulis artikel seperti yang akan diterangkan dibawah

Gambar di atas menunjukkan butang yang disediakan untuk anda menggunaan teknik “READ MORE”. Ini bermaksud anda menulis peranggan awal sebagai penerangan artikel. Kemudian tekan butang tersebut dan teruskan menulis peranggan yang seterusnya. Dengan ini, dibahagian halaman utama hanya dipaparkan tulisan yang berada di atas garisan tersebut. Selepas pembaca membuka artikel itu, maka artikel tersebut dipaparkan secara penuh.

Gambar diatas menunjukkan bahagian perletakkan kata-kunci atau penanda yang berkaitan dengan artikel tersebut agar orang lain dapat danmudah mencapainya. Apabila pembaca membuka kata-kunci atau tanda tersebut mreka akan melihat semua artikel yang ditanda dengan kata kunci itu. Dibahagian bawah nya terdapat bahagian “categories”, bahagian itu digunakan untuk anda mengelaskan artikel anda mengikut kategori atau mengikut kreativiti dan pengalaman anda.

Akhir sekali adalah menekan butang “Publish” untuk memasarkan artikel anda kemudiannya. :lol: Selamat Mencuba!!! Jangan menanya yee..insya Allah ana akan bantu sekadar yang mampu.

Popularity: 2% [?]

2 Responses to “Tulis artikel dalam Wordpress”

  1. friend says:

    terlalu banyak sangat membantu..thanks..semoga hidup sentiasa diberkati..Amin

  2. tu laaa….
    Wordpress nih untuk kita kongsi ilmu mudah.

    tapi ana sendiri nak main Joomla plk nih…

Leave a Reply

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree

Site Optimization by PHP Speedy