Ramadhan kali ini agak pelik (ana sahaja). Ana teringat waktu ana di sekolah dahulu. Kawan, adik, dan abang yang nakal semua nya akan semangat baca Al-Quran. Oleh kerana suasana sehinggakan tahap itu ana cukup terasa nikmat ramadhan itu. Kali ini ana di zaman IPT. Ana tidak pasti sama ada IPT tiada suasana atau ana sendiri yang TIADA PERSEDIAAN. Sewaktu Ramadhan tiba, ana lihat semakin banyak GAME yang ana main. Satu persatu ana susun di komputer ana.
Baru-baru ini ana baru sahaja menyertai “Bengkel Menangini Murtad”. Antara isi penting dalam benkel itu yang ingin ana kongsikan disini adalah, antara PUCNA MURTAD yang terbesar adalah hiburan yang melampau. Apabila kita susun isi masa kita dengan hiburan tanpa faedah maka KEKUATAN ROH akan menjadi rendah. Lebih-lebih lagi HIBURAN haram. Hiburan harus masih boleh dikawal.
Hiburan HARUS? HARAM? Hiburan HARUS: hiburan yang tidak meruntuhkan IMAN *contohnya main GAME.
Hiburan HARAM: hiburan yang meruntuhkan IMAN *contnya menonton FILEM (yang mempunyai watak wanita/lelaki yang mendedah aurat).
Kebelakangan ini ana mengharamkan diri ana untuk menonton FILEM. Ana menjadikan cerita KARTUN/ANIME/ANIMASI sebagai bahan hiburan. Hiburan lain pula adalah main GAME. Alhamdulillah. Sudah 4-5 hari ramadhan diisi dengan bermain GAME.
Sebarang aktiviti yang kita lakukan akan memberi kesan kepada HATI. Ramai orang yang OTAK baik. Jarang sekali orang berHATI baik. Hati merupakan kuasa terhebat yang mengawal seseorang. OTAK tanpa HATI menyebabkan seseorang itu rosak kehidupannya. Lihatlah kuasa-kuasa besar realiti kini. Hanya sedikit sahaja yang kuasa yang berHATI. kita pon seronok melihat yang sedikit ini. Kita juga sangat bimbang dengan yang berOTAK tinggi dan HATI lemah itu.
Dengan ini, ana mulakan azam untuk menjadi PENGEMBARA IT semula. Asal plak? Sebab selepas ada bermalam di hospital 2 hari. Ana kehilangan API KEMBARA IT itu. Maka MARI mulakan semula!!!!
Ya Allah, ampunkan lah aku yang tidak menghargai PELUANG yang kau beri. Kini aku sudah buang GAME itu, maka berikanlah aku HIDAYAH CAHAYA HATI.

R SAW cth terbaik yg memberi hiburan & ketengan pada jiwa.kemuncak ketenangn R bila Baginda rasa dirinya terpelihara oleh Allah
(petikan dari sebuah buku fikrah tak sure tajuk per)
Faktor yang memberi hiburan dn kelapangan:
1. iman
2. ilmu
3. muraqabah
4. ihsan
5. berani(memperjuangkan hak tp tak membuta tuli-pengecut buat dada jadi sempit)
6. keluar dari saki baki hasad dengki
7. menjaga mata,lidah, telinga, pergaulan–> jika tdk hati tak tenang
8. meninggalkan pergaulan yang tak berfaedah
9. tdk mkn berlebihan dan meninggalkan makanan yg tak berfaedah
10. meninggalkan tidur berlebihan
inilah hiburan hakiki bg org beriman
adakalanya kita yang anggap sestu itu hiburan…
jika ia melalaikan kita dari ingat A…. mcmana?
hiburan itu dikatakan hiburan bila ia membawa kita semakin dekat dgn A jiwa rasa tenang.itulah hiburan yg membawa hati kita dekat dengan Maha Pemberi Ketenangan…kelapangan….hakikatnya bukan zahir yg merasai t’hibur, tapi hiburan hatilah yg paling puas!
SEBELUM KITA PILIH AKTIVITI HIBURAN, OTAK? HATI? BADAN?
contoh aktiviti merenung ciptaan Allah seperti pergi tenung pokok@tumbuhan2an, merenung langit kemudian merasai kehebatan ciptaan Allah…cukup menenangkan…cukup membahagiakan…merasai manisnnnnya berhubung dgn Allah.tengok gambar2 ciptaan Allah dah cukup tuk kita merasai bahagian,tenag.HAKIKATNYA BUKAN ZAHIR YG MERASAI HIBURAN tapi HIBURAN HATILAH YG PALING PUAS!
terima kasih Kak Long