Satu hari berPHP

Posted by admin On September - 18 - 2009

Alhamdulillah, hari nih memang penuh hari ana dengan aktiviti mengaturcara bahasa WEB. Projek “Pembangunan Aplikasi berasaskan Web 2, UTM” dan banyak kemaskini seperti dibawah:

UPDATE ALL EXISTS- 9.22AM, 18 September 2009

  • *sistem aktif akaun
  • *kemaskan struktur aturcara
  • *kemaskini struktur pangkalan data
  • *tambah fail: fungsi.php, hubung.php

UPDATE ALL EXISTS- 9.28AM, 18 September 2009

  • *batalkan pendaftaran bagi pelangganyang menggunakan nama pengguna yang sama

UPDATE ALL EXISTS- 10.07AM, 18 September 2009

  • *pembetulan proses syarat “Log Masuk”

Kemaskini kepada EsanStudio V2 ini sendiri adalah dapat menetapkan saiz FORUM. Ana geram sebab bila bukak halaman FORUM, saiznya ok. Apabila buka maklumbalas dalam forum tuh, dia jadi kecil. Kecil. Besar. Kecil. Akhirnya dapat solusi:

Langkah 1: guna TABLE tag
lebarPenuh1

Langkah 2: guna tema Halaman penuh.
lebarPenuh2

selain itu ana ada PECAH KOD tema nih. Kan biasanya kalo kita guna tema percuma nih, pemilik tema akan letak kod base_64decode. Nak kene pecah plak. Alhamdulillah mudah.

Semalam ana lupa tidur duk buat projek Web2. Pastuh sambung sahur. Dah sambung sahur, lepas subuh tuh masih tak ngantuk. Sambung buat projek. Pastuh tiba-tiba tak tahu nak buat macam mana untuk selesaikan masalah pada projek Web2 ana tuh. Baring kejap. Sekali dalam kul 8.30 pagi terbangun dari baring tuh. Sambung balik terus!! hehe.

Hari nih hari Jumaat. Main-main PHP, tengok-tengok kul 1 PM. Huh. terus solat jumaat. Alhamdulillah, tak ngantuk plak. Huh balik dengan seronok sebab dapat banyak input dari khutbah tuh.

Pastuh balik tuh, tolong kawan plak. Selesaikan masalah internet putus. Punca? Modem tersenggut-senggut. ROUTER plak longgar-longgar. Apa lagi bukak barang pusaka ana iaitu: D-Link Modem dan Buffalo WHR-HP-G54.

WHR-HP-G54

WHR-HP-G54

ROUTER nih banyak jasa. Jana duit ada. Jana ilmu pon ada. Ana dah lama tak guna ROUTER nih. Lupa-lupa ingat tetapannya. Akhir sekali berjaya dan kawan kata:

“hei ini baru laju, kalo dak sebelum-sebelum nih huh nak bukak Yahoo pon bikin sakit ooo”(lebih kurang ayatnya bukan sama)

esok nak balik kul 8 MLM. Mungkin lambat skit tak kemaskini ES V2 nih.



Popularity: 2% [?]

2 Responses to “Satu hari berPHP”

  1. Keira James says:

    Link popularity is very important if you want your website to rank high in any search engine.-:*

Leave a Reply

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree