Pendahuluan
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Kali ini ana ingin berkongsi kisah ana menguasai bahasa pengaturcaraan berasaskan web iaitu PHP dan MySQL. Dulu tika ana dia dibangku sekolah menengah, ana nak seorang abang tuh ajar. Masalahnya dia dah habis belajar dan dah bekerja dah pon. Dia memang cekap. Baru-baur nih ana dengar cerita dia rupanya mula main dengan aturcara nih sejak darjah 5. Ayah dia kira ayah ana gak. Ayah dia kata, “dia suruh anta ‘explorer’ sendiri habis2..supaya dia tinggal tunjuk teknik2 yang hebar2 sahaja”. Betul gak tuh kita sendiri kalo orang tanya benda yang sangat asa susah gak. Geram pon ada. Ana tingkatan 5 mula main2 HTML. Sebab dengar ceritanya kene faham 70% HTML baru mudah nak main dengan PHP. Jadi dah lama kemudian ana tanya2 lagi ayah ke pada abang itu. Kemudian ayah itu kata, “Abang tu kata, anta kene ada Apache, MySql, SMTP.”. Ana pon apa lagi kan..geram nih. Jadi cari2 dan cuba2 sehingga ana masuk IPT iaitu semester 1. Ana masih mencari cara paling mudah untuk belajar. Akhirnya ana ditemukan Allah dengan UsbWebserver 7.0. Ana pernah main dengan dengan XAMP dan lain-lain. Tapi hanya UsbWebServer sahaja yang paling mudah iaitu dengan 1 klik sahaja kita boleh guna pakej WebServer(Apache, Mysql, SMTP) dengan baik.
Mari lihat apa yang ana akan kongsikan untuk selesaikan kelengkapan untuk mempelajari PHP dengan pantas.
Isi Kandungan: Keperluan Sebelum Belajar PHP
- dapatkan “UsbWebserver” & “Dreamweaver Cs4 Portable” & Portable WinRAR
- extract UsbWebserver
- setup UsbWebserver
- kenal “localhost”
- kenal “root directory”
- kenal “phpmyadmin”
- buat pangkalan data + jadual + entiti
- setup “Dreamweaver Site”
- setup perhubungan pangkalan data
Nota: ana dah cuba teknik yang ana nak kongsikan nih guna “Portable DreamWeaver Cs3″(Dw CS3), memang tak boleh sebab dia masalah ketika “load site cache”. Waktu proses tuh berlaku, Dw CS3 itu akan mati tiba-tiba. Oleh itu, ana sarankan kepada anda untuk dapatkan “Portable DreamWeaver CS4″ untuk mencuba teknik yang ana ingin kongsikan ini.
Kesimpulan:
Senarai di atas merupakan nota ringkasan apa yang ana akan kongsikan dalam tutorial untuk tahap keperluan ini. Kemungkinan ana tidak kongsikan cara menguasai PHP sebab anda semua boleh dapatkan rujukan di W3SCHOOLS. Maka dalam perkongsian ini ana ingin membekalkan bahan-bahan keperluan dahulu iaitu Portable Dreamweaver CS4, UsbWebserver 7 dan WinRAR. Kita perlu dapatkan aplikasi atau perisian yang tidak perlu masukkan ke dalam komputer supaya kita boleh belajar atau laksanakan projek dimana jua terminal komputer yang kita capai-guna.
Perkongisian bahan:
[download id="105"]
[download id="140"]
[download id="141"]
[download id="142"]
*dapatkan banyak lagi perisian mudah alih(portable) di : http://esanstudio.net/downloads/perisian-mudah-alih/

Salam.
Terima Kasih atas perkongsian ini.
Moga ALLAH permudahkan urusan enta.
Doakan ana gak erk
Wassalam.
semoga Allah memberi [mumtazah] kejayaan dalam projek VoIP nya.
salam..bleh gitau skit tak camna nak starting mysql??
Maaf, [antu] ana dah nak buat video tutorial semalam tapi ada masalah skit.
tapi aku sarankan ko dapatkan:
http://esanstudio.net/download/105/ (Sumber Pengaturcaraan Web)
salam…..harap…dapat…tolong saya…saya amat perlukan…nota cara untuk bina soalan…interaktif seperti…contoh dlm….teachersrock.com…untuk…tingkatkan…proses p&p…anak didik saya…keprihatinan anda…didahului dgn ucapan terimakasih.wassalam
heheh..buat tutorial tak leh kot. Kalo ana buatkan sistem/ aplikasi tuh boleh laaa..
*ana dah email [haslida]..
ehsan, password dan username default nak masuk database apa? x ingat..
kalo yang ana bagi tuh
username: root
password: usbw