Assalamualaikum, pertama dan yang utama..marilah kita merafa’kan setinggi kesyukuran kerana kita masih diberi nikmat dan peluang oleh Allah Yang Maha Esa.
Rakan-rakan & para pembaca sekalian,
Sejak tahun 2005, ana sudah mula tidak mengenal erti cuti. Sapa boleh bagi tau, BILA KITA BOLEH CUTI? Cuti sama sekali tidak wujud dalam kitaran hidup seharian. Sememangnya kita diberi cuti oleh guru, pensyarah, institusi pengajian, majikan dan lain-lain cuti. Hakikat sebenarnya kita hanya bercuti dari melakukan sesuatu tugas sahaja. Apabila kita cuti melakukan sesuatu tugas, maka kita akan buat kerja yang lain.
Akhir kata, keadaan yang boleh dikatakan kita sedang bercuti adalah TIDUR.
huh.
OK habis muqaddimah..hehehe. saje buat ayat skema skit. Kan dalam kehidupan nih ada yang perlu skema dan ada yang tidak perlu.
Cuti ini ana dihentam dengan kerja-kerja grafik dan pembangunan laman web. Dengan ini ana memohon maaf sebab tidak menamatkan modul “Asas Pembangunan Aplikasi Visual Basic”.
Bayangkan…siap dari kul 8 pagi hingga ke 10 malam ana kene wat kerja GRAFIK. Malam tuh ana kene kaji-kaji skit reka bentuk-reka bentuk yang orang lain buat di Google, Devianart dan lain-lain web grafik. Kadang kala ada orang yang mohon bantuan tiba-tiba (on the spot). Ana suka tolong-tolong dalam hal-hal IT dan Multimedia nih. Jadi kalo mula jalan-jalan di internet kul 1o malam, bila agaknya ana leh tidur? Mesti dalam kul 2-4 pagi kan? kan? huh.
Itu hal TIDUR. Kalo halMAKAN? Ana biasanya lihat dikeliling ana. Ada makanan atau tidak. Biskut ke. Milo ke. Keropok ke. Gula-gula ka. Bila nampak je ada. Amik bawak dekat-dekat. Sambil wat ngadap komputer. Mulut disumbat. Tengok-tengok dah habis.
Kenyang? bukan kenyang pon. Saje buat taik gigi jee. Biasanya, bila makanan disediakan bari ana pergi makan. Kalo tidak tunggu kul 9 selepas isyak tuh baru pie makan. Nak wat cam ner. Makan diletakkan prioritinya dibawah paras penting. Tak penting lah maksudnya. Tido pon sama. Selagi satu hari tuh tak puas hati lagi. Selagi tuh lah malas nak tinggalkan komputer + internet.
Sekarang nih kerja-kerja GRAFIK ana dah selesai 90%.
Projek pembangunan web pula menanti.
Dah separuh cuti belajar habis. Hari ini ana dah:
di atas tuh baru kerja grafik.Kalo kerja web plak, ana dah bangunkan stau ‘Mini Site’ dipasangkan sistem AFFILIATE di dalamnya.
Ana cuti nih agak GERAM sebab banyak sangat benda nak buat. Kalo tak de benda nak buat pon. Otak ana nih macam GOOGLE. Sentiasa mencari kerja komputer yang nak dibuat.
Jadi ana ingat nak cuba-cuba main FarmVille lah. Sekali bukak permainan tuh. Memang tak tahu nak tekan apa.
Jadi apa lagi!!
Belajar dari raja FarmVille nih lah!
Sape-sape yang pernah main FarmVille dan sedang bertanding dengan orang lain tuh jangan lupa untuk dapatkan pakej yang disediakan oleh Raja FarmVille nih. Dia nih main sekejap je dapat level 70. Sekarang nih, tah berapa level dia. Bukan setakat level, duit, ladang dia semua banyak.
Nak jadi pengedar e-book dia boleh. Nak DAPATKAN EBOOK tuh sahaja pon boleh.
huh banyak lagi projek lain nih. Chayok! Chayok!.

aku pun minat farmville bro.hehe
tu laa
..aku dah dapat ebook tuh..dah study habis dah pon….
jap gie ko tengok aku level 70 ,aca, raja gak.