Assalamualaikum, saudara zul memohon agar diperkongsikan ilmu ini. Terima kasih atas permintaan tersebut. Bismillah…
Laman web ada 2 jenis iaitu berjenis STATIK (HTML) dan DINAMIK (PHP). Mana-mana boleh kerana ianya hanya memerlukan sedikit pengetahuan;
- jenis kod: HTML
- tag: EMBED
- pautan pembekal radio
di atas merupakan 3 benda yang kita perlu ada. Mari dapatkan laman pautan pembekal radio;
- MUTIARA. FM: [http://60.54.189.90:8085/]
- Ikim. Fm: [mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio2]
- Nasyid. FM: [http://host-1.nasyidfm.net:8000/]
kemudian mari lihat kod EMBED;
Peringkat 1: Asas
1 | <embed>sila dapatkan FLASH PLAYER: adobe.com</embed> |
Penerangan: apabila seseorang pengguna itu tidak mempunyai FLASH PLAYER maka radio anda tidak akan keluar. Kemudian. Peluncur laman web anda akan mengembalikan ayat “sila dapatkan FLASH PLAYER: adobe.com” kepada pelawat laman anda.
*Abaikan peringkat 1 ini sekiranya anda menetapkan nilai TYPE kepada “application/x-mplayer2″ (pada peringkat 4).
Peringkat 2: Bekalkan Sumber
1 | <embed src="pautan_pembekal_radio">sila dapatkan FLASH PLAYER: adobe.com</embed> |
Penerangan: pelawat anda akan dengar radio dari pembekal yang anda letakkan pautannya dalam SRC. Contohnya, gantikan “pautan_pembekal_radio” kepada “mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio2″. Maka pelawat laman ada akan mendengar radio IKIM. FM.
Peringkat 3: Kawal saiz
1 2 | <embed src="pautan_pembekal_radio" width="250px" height="60px"> sila dapatkan FLASH PLAYER: adobe.com</embed> |
Penerangan: anda WAJIB menentukan saiz iaitu nilai untuk kedua-dua sifat iaitu WIDTH dan HEIGHT…seperti dia atas.
Peringkat 4: Jenis pemain radio
1 2 3 | <embed src="pautan_pembekal_radio" type="application/x-mplayer2" width="250px" height="60px"> sila dapatkan FLASH PLAYER: adobe.com </embed> |
Penerangan: Ana sarankan anda gunakan pemain radio jenis Windows. Ini kerana Windows Media Player dapat membaik pulih perhubungan radio dengan penggunanya lebih baik dari Flash Player. Anda boleh sarankan kepada pelawat anda agar membuka halaman tersebut menggunakan INTERNET EXPLORER untuk mendengar sebarang radio yang anda sediakan.
Jadi, sila tetapkan nilai sifat TYPE kepada “application/x-mplayer2″ seperti kod di atas.
Contoh aturcara penuh:
1 2 3 | <embed src="mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio2" width="250" height="60"> sila dapatkan FLASH PLAYER di adobe.com </embed> |
Ana harap anda faham dan seronok. Sila beri maklum balas. Terima kasih atas sebarang maklum balas anda.
CONTOH RADIO? [TEKAN SINI]
Popularity: 6% [?]

salam..nice tutorial =D
thanks.
say dah test memang menjadi…terima kasih en.Admin….
kenapa ek sekarang tv online & radio online xboleh tengok lg???
http:/ceritadimataku.blogspot.com/2008/01/tv-rtm2.html
atau tv online dah kena blog di dalam university sy??
PEREKA CERITA… ! KONGSILAH CODING TV ONLINE DISINI…
bukan sekarang tak leh tengok. University tuh yang tak kasi. Orang lain boleh je bukak.
aku baru letak beberapa tv online.. tp ada sesetengah student xboleh tengok tv online.. maybe diorang xinstall flash player kot.. tp kat mana nak download flash tv online?? ada coding download flash ker?
ana pon tak leh bukak laa..
ana tengok anta nyer link tuh macam salah jee..ana cadangkan anta boleh cuba letak URL penuh iaitu termasuk “…/tv1.asx”.
tapi paling mudah ana bukak guna INTERNET EXPLORER(IE) jee. Kemudian IE download fail ASX tuh dan akan dibuka oleh Windows Media Player.
*anta boleh tulis notis kat situ. “Sila buka blog untuk tengok tv guna IE”.
tengok gambar dibawah ana dah cuba.