Abang ana sarankan guna HJSplit. Tetapi kalo kita lihat fail dia hanya boleh dicantum oleh dia sahaja kebiasaannya dan ana kurang minat sebab fail HJSplit adalah FORMAT [.RAR001] . Jadi komputer sendiri tak dapat kesan kadang-kadang fail jenih apa. Kadang kala boleh juga berlaku kerosakan kepada bingkai data tuh. Bingkai data? Bingkai data dalam bahasa inggeris adalah Data Frame. Bingkai data terdiri dari pada data nombor siri, bit data dan nombor siri fail seterusnya. Maka nombor siri yang seterusnya akan dikesan sekiranya bingkai data itu tidak rosak. Sebaliknya kita kene muat turun semula. Dengan ini ana sarankan kita guna WinRAR samada nak MAMPAT atau nak POTONG.
Kali ini ana nak kongsi cara potong fail. Syaratnya dan masukkan perisian WinRAR ke dalam komputer.
*kalo tiada boleh muat turun di bahagian bawah sekali.
Langkah 1:
- dapatkan fail
- RIGHT-CLICK atas fail itu
- pilih “Add to Archive“

Langkah 2:
- pilih RAR pada Archive format
- pilih Zip100: 98078kb pada Split to volumes, bytes
- tekan “OK“.
Tamat.
Pelik tau dipunya potongan fail. Ana nyer pengalaman
FORMAT FAIL: ISO
SAIZ FAIL: 600MB
JENIS POTONGAN: [Zip100: 98078kb]
HASIL POTONGAN: 2
*fail1 = 98MB
*fail2 = 27MB
kalo kita lihat 98 + 27 = 125
sedangkan saiz sebenar 600
mana lagi 475MB?
Selamat mencuba!!!!
Muat Turun WinRAR
WinRar 3.8 Pro (unknown, 79 hits)
perisian ini penting masa masa kini yang dipenuhi dengan Virus. PErisian ini akan melindungi fail dan dokumen anda dengan lebih selamat.
Popularity: 3% [?]

assalamualaikum abg admin. maaf sbb dlm ruangan ni hanya utk replay aje , tapi bayu kat sini nak ucapkan selamat meyambut hari raya yang akan menjelang tak lama lg. apa2 pun semoga apa yang abg admin bg ilmu kat bayu , dan kengkawan yang lain diberkati oleh Allah dan diucapkan terima kasih . salam takzim daripada bayu dan keluarga
terima kasih dan selama hari raya kepada [bayu]. Kalo ada ilmu kongsi2 lah yee…ana pon tak cekap cuma ingin KONGSI