Kata-kata pembangun aplikasi:
“Ana kini berada dalam semester ke-5 iaitu tahun ke 3 dalam pengajian Diploma Sains Komputer Multimedia. Ana mula projek ini selepas projek web dinamik dan projek pembangunan aplikasi ana siap. Siap itu maksudnya selesai dari segi aliran penggunaan produk itu. Dari segi kandungan tidak lengkap. Maksudnya tinggal masukkan kandungan sahaja dan sedikit pembetulan.
Visual Basic .Net ini adalah susah bagi ana sebab dia bukan berjenis “Open Source” macam bahasa pengaturcaraan PHP. Jadi dengan segala kekurangan ilmu ana mulakan pengembaraan pada 25 Oktober 2009. Hari ini 29 Obtober 2009, ana mengesahkan bahasa keseluruhan sistem telah selesai. Maksudnya ana, keperluan asas dari segi proses yang perlu dilaksanakan oleh aplikasi ini telah selesai ana bangunkan. Selain itu, sekiranya Allah memberi peluang. Ana ingin meneruskan projek ini sehingga menjadi satu aplikasi yang diguna pakai.
Ana menuntut ilmu di Kolej Teknologi Darulnaim(KTD). Maka hasrat ana sebagai pelajar sains komputer adalah ini memberi sumbangan kepada KTD dari segi teknikal. Ana kurang berminat untuk menyumbang kejayaan penguasaan ilmu teori. Ana lebih cenderung kepada praktikal.”
Pengenalan:
Aplikasi ini dibangunkan untuk menggantikan sistem pengurusan maklumat pelajar (HEP) yang sedia ada. Sistem yang sedia ada adalah berjenis statik. Maklumat statik mengambil masa yang lama untuk diuruskan.
Sistem HEP khususnya kepada pengurusan pelajar ada banyak sistuasi dan keadaan. Situasi pertama adalah ketika menerima pelajar baru. Situasi kedua adalah ketika sesi pembelajaran berjalan. Ketika menerima pelajar baru, sistem HEP perlu dapatkan maklumat pelajar dengan pantas ini kerana ketika penerimaan pelajar iaitu pendaftaran. Saat itu amat genting kerana ramai pelajar baru yang ingin daftar. Maka situasi akan menjadi kalang kabut apabila menggunakan sistem berjenis statik.
Isi:
Aplikasi ini menyediakan bahagian pendaftaran pelajar baru. Sistem ini mempunyai makanisma menarik iaitu:
- simpan gambar yang pelajar beri ke dalam direktori utama dan pangkalan data
- menjana NO MATRIK pelajar.
Selain itu, aplikasi ini dapat menjimatkan kertas dimana, kebiasaannya dalam pendaftaran pelajar baru di sesuatu bahagian, kita memerlukan beberapa borang. Dengan aplikasi ini borang berjenis kertas tidak diperlukan lagi. Tambahan pula boleh menampung data yang berjenis banyak seperti aset, penjaga, dan akademik. (seperti gambar dibawah)

Bahagian Pengurusan:
Pengguna perlu log masuk untuk mencapai bahagian pengurusan maklumat pelajar speerti dibawah
Akhir kata:
Semoga Alalh mngubah persepsi bangsa lain kepada melayu dengan bantuan Allah dan usaha orang melayu. Semoga berjaya kepada semua yang sedang membuat pembangunan sebarang aplikasi. Anda adalah yang terbaik!!.
Perkongsian:
Popularity: 17% [?]

Salam
Tahianh sudah berjaya.
Kawan ana yang sudah bekerja sebagai system engineer dan sedang membangunkan sistem untuk Petronas berkata: .NET seperti ASP.NET and VB.NET mendapat perhatian ketika ini. Selain itu adalah Java. Ketiga-tiga bahasa ini ana belum kuasai. Harapnya suatu hari nanti ana akan berjaya kuasai. Kongsilah ya nanti VB.NET ini.
Ya mari kita berPERANG!!!!
KEEP MOVING FORWARD..ana pon ada dengar tentang benda tuh..tapi tak terperinci seperti [mumtazah] kata.
camna nak link ngan database? databse tu guna ACCESS kan?
masya Allah sangat mudah..insya Allah nanti ana buat tutorial.
tapi kunci pertamanya adalah
kene simpan pangkalan data Microsoft Access tuh dalam bentuk “.mdb” bukan “.accsdb”
smoga ALLAH permudahkan urusan anda!
terima kasih..[antu] pon..semoga berjaya. Ada apa yang perlu ana bantu? Sila kemukakan…insya Allah ana tolong…tapi tentang IT/ Multimedia sahaja lah.
apa password..nak tengok data yg dah simpan..
salam….ermm..saya fifa…skrg sy thn akhr di utm…sy kna buat projek lbh kurg mcm saudara punye…sy m’gunakan database microsoft access…jadi bole x klu saudara tlg sy..sy nk tau langkah2 utk link kan database sy tu dgn website sy..macamne ye?? website sy gne dream weaver…huhu…sy pnh blaja programming c,c++ dan javascript…tu je yg sy tau..yg lain x tau…huhuhu..harap saudara dpt membantu sy…3me ksh..
Database Microsoft Access sepatutnya berintegrasi dengan bahasa VB atau VB.Net.
Agak sukar untuk menghubungkan Database MIcrosoft Access dengan Open Source Web Script. Melainkan [fifa] guna VB atau VB .Net.
Kemudian [fifa] guna Dreamweaver. Dreamweaver biasa orang guna untuk sistem yang menggunakan bahasa PHP dan menggunakan Database MySQL.
erm..
[fifa] projek online atau offline?
offline…ok..maknanya klu sy gne dreamweaver,mst dgn database mySQL. manakala databbase microsoft access dan VB.net…pd pandgn saudara,mane 1 yg sng?hehheh..sbb sy x mahir sgt antara 2 dua..tau skit2 je…
ermmm…agi satu..klu sy gne frontpage..database sy gne mySQL jge ke?
Ana lihat…[fifa] nih, banyak bertanya tentang Microsoft. Memang [fifa] kene guna microsoft ke?
Kalo projek offline ana sarankan guna VB .Net sebab tak paham belajar pon boleh buat insya Allah.
salam, ana nak tanya skit..bab kursus pengurusan maklumat….
apa sebenarnyer kursus tu…infomation technology ker….harap dbantu..wsalam…
klao ana silap minta maaf lah.
Apa yang ana kongsikan disini adalah aplikasi(software) untuk Hal Ehwal Pelajar mgnuruskan makluamt pelajar sekolah atau IPT nya.
BUkan kursus atau bengkel dan seminar..
Salam,bolehkan awak modified untuk kegunaan sekolah menengah seperti kelab atau persatuan yang boleh memuatkan maklumat pelajar.tk
oo..nak ka? Insya Allah boleh.
[Lovies] nak kene describe detail..supaya ana faham.
maka untuk itu.jom ke FORUM > Visual Basic .Net
http://esanstudio.net/forum/?vasthtmlaction=viewforum&f=8.0
bukak lah topik dengan tajuk yang bersesuaian. Kita akan bicang sampai selesai. Semoga Allah permudahkan [Loveis].
salam..
kenapa saya x blh download sistem ni? blh x email pada saya
terima kasih
i think you need to know how to download from File Factory here:
http://esanstudio.net/forum/?vasthtmlaction=viewtopic&t=51.0