Cetak Skrin Paparan Aplikasi
Antaramuka Aplikasi bahagian Log Masuk
Antaramuka Aplikasi bahagian Peta kandungan aplikasi
Antaramuka Aplikasi bahagian Tutorial Tahap Asas (berjenis artikel)
Antaramuka Aplikasi bahagian menu pilihan tutorial bagi setiap tahap tutorial
Paparan pangkalan data log pengguna
Gambaran Persekitaran Aplikasi
Penerangan Ringkas Aplikasi
Aplikasi ini diberi nama Learn Microsoft power Point 2010 iaitu Panduan menggunakan Microsoft PowerPoint 2010. Aplikasi ini berjenis dinamik iatu fail kadungan adalah diluar fail utama aplikasi. Oleh itu, fail utama aplikasi iaitu “app.exe” atau “app.swf” adalah kecil kerana fail utama hanya menyimpan elemen yang diperlukan dalam menyediakan antaramuka pengguna. Para pengguna diwajibkan membuka fail “LMPP.EXE” untuk menggunakan aplikasi ini.
Pengguna akan dibawah ke bahagian Log Masuk. Pada bahagian itu, pengguna diminta untuk memberikan nama dan alamat email. Nama dan alamat email akan disimpan ke dalam pangkalan data. Data-data tersebut akan dihantar kepada kumpulan pembangun untuk dijadikan kajian dan statistik. Data entri pengguna ini adalah pilihan iaitu tidak wajib. Pengguna boleh abaikan bahagian ini dengan klik pada butang “Skip: Kecemasan”.
Menu utama, akan memberikan gambaran atau taklimat ringkas kepada pengguna tentang navigasi-navigasi yang disediakan dalam aplikasi ini. Taklimat tersebut disediakan dalam bentuk gambar dan teks.
Pengguna diberikan video untuk menunjukkan teknik-teknik yang kompleks dalam Micorosoft PowerPoint 2010. Artikel pula untuk teknik-teknik ringkas.
Butang keluar dari aplikasi tidak disediakan. Pengguna boleh tekan pada papan kekunci “Alt + F4″ untuk tujuan itu
Peranan Bahasa Yang Digunakan
PHP
- untuk hubungkan aplikasi dengan pangkalan data
- untuk menyimpan log pengguna ke dalam pangakalan data
- untuk mengembalikan log pengguna kepada aplikasi
XML
- bekalkan data untuk aplikasi membina menu
MS-DOS
- melarikan semua proses keperluan aplikasi
- menyediakan kunci rahsia syarat menggunakan aplikasi
- mematikan semua proses yang telah dilarikan
- membuang kunci rahsia
MySQL
- simpan data log pengguna
HTML
- kawal susunan elemen-elemen dalam sesuatu artikel
ActionScript
- baca fail XML
- buat menu setiap tahap tutorial
- tetapan keseluruhan aplikasi
Fail Format TXT (Notepad): sebagai artikel, kunci aplikasi dan pengesahan log pengguna.
Perisian Yang digunakan
- Adobe Photoshop
- Adobe Dreamweaver
- Adobe Flash
Catatan Pembangunan Aplikasi Semasa
- Aplikasi kurang stabil: beberapa navigasi yang tidak tepat
- bahagian kredit kepada kumpulan pembangun aplikasi
- Proses Utama aplikasi stabil seperti log masuk, paparan artikel dan paparan video
- Tambahan: Sistem Kemaskini kandungan melalui internet: dalam kajian
- Tambahan: Sistem penghantaran data kepada pembangun: akan datang
- Masa Depan: Boleh digunakan untuk menyediakan set tutorial perisian lain seperti, Adobe Photoshop, Illustrator, Microsoft Access, Microsoft Visual Basic dan sebagainya
Incoming search terms:
- antaramuka (3)
- blogger antara muka VB (1)
- log masuk (1)

salam..
waaah.. blog ini pun apa kurang.. byk info
tq singgah, wassalam