Aplikasi Flash gabungan 6 bahasa

Posted by admin On October - 20 - 2009

Cetak Skrin Paparan Aplikasi

lmpp_logmasuk

Antaramuka Aplikasi bahagian Log Masuk

lmpp_peta

Antaramuka Aplikasi bahagian Peta kandungan aplikasi

lmpp_tahapasas

Antaramuka Aplikasi bahagian Tutorial Tahap Asas (berjenis artikel)

lmpp_menu

Antaramuka Aplikasi bahagian menu pilihan tutorial bagi setiap tahap tutorial

lmpp_logpengguna

Paparan pangkalan data log pengguna

lmpp_fail2aplikasi

Gambaran Persekitaran Aplikasi


Penerangan Ringkas Aplikasi

Aplikasi ini diberi nama Learn Microsoft power Point 2010 iaitu Panduan menggunakan Microsoft PowerPoint 2010. Aplikasi ini berjenis dinamik iatu fail kadungan adalah diluar fail utama aplikasi. Oleh itu, fail utama aplikasi iaitu “app.exe” atau “app.swf” adalah kecil kerana fail utama hanya menyimpan elemen yang diperlukan dalam menyediakan antaramuka pengguna. Para pengguna diwajibkan membuka fail “LMPP.EXE” untuk menggunakan aplikasi ini.

Pengguna akan dibawah ke bahagian Log Masuk. Pada bahagian itu, pengguna diminta untuk memberikan nama dan alamat email. Nama dan alamat email akan disimpan ke dalam pangkalan data. Data-data tersebut akan dihantar kepada kumpulan pembangun untuk dijadikan kajian dan statistik. Data entri pengguna ini adalah pilihan iaitu tidak wajib. Pengguna boleh abaikan bahagian ini dengan klik pada butang “Skip: Kecemasan”.

Menu utama, akan memberikan gambaran atau taklimat ringkas kepada pengguna tentang navigasi-navigasi yang disediakan dalam aplikasi ini. Taklimat tersebut disediakan dalam bentuk gambar dan teks.

Pengguna diberikan video untuk menunjukkan teknik-teknik yang kompleks dalam Micorosoft PowerPoint 2010. Artikel pula untuk teknik-teknik ringkas.

Butang keluar dari aplikasi tidak disediakan. Pengguna boleh tekan pada papan kekunci “Alt + F4″ untuk tujuan itu



Peranan Bahasa Yang Digunakan

PHP

  • untuk hubungkan aplikasi dengan pangkalan data
  • untuk menyimpan log pengguna ke dalam pangakalan data
  • untuk mengembalikan log pengguna kepada aplikasi



XML

  • bekalkan data untuk aplikasi membina menu



MS-DOS

  • melarikan semua proses keperluan aplikasi
  • menyediakan kunci rahsia syarat menggunakan aplikasi
  • mematikan semua proses yang telah dilarikan
  • membuang kunci rahsia



MySQL

  • simpan data log pengguna



HTML

  • kawal susunan elemen-elemen dalam sesuatu artikel



ActionScript

  • baca fail XML
  • buat menu setiap tahap tutorial
  • tetapan keseluruhan aplikasi


Fail Format TXT (Notepad): sebagai artikel, kunci aplikasi dan pengesahan log pengguna.


Perisian Yang digunakan

  • Adobe Photoshop
  • Adobe Dreamweaver
  • Adobe Flash



Catatan Pembangunan Aplikasi Semasa

  • Aplikasi kurang stabil: beberapa navigasi yang tidak tepat
  • bahagian kredit kepada kumpulan pembangun aplikasi
  • Proses Utama aplikasi stabil seperti log masuk, paparan artikel dan paparan video
  • Tambahan: Sistem Kemaskini kandungan melalui internet: dalam kajian
  • Tambahan: Sistem penghantaran data kepada pembangun: akan datang
  • Masa Depan: Boleh digunakan untuk menyediakan set tutorial perisian lain seperti, Adobe Photoshop, Illustrator, Microsoft Access, Microsoft Visual Basic dan sebagainya


Popularity: 6% [?]

Incoming search terms:

One Response to “Aplikasi Flash gabungan 6 bahasa”

  1. IbnRajab says:

    salam..

    waaah.. blog ini pun apa kurang.. byk info

    tq singgah, wassalam

Leave a Reply

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree