Ana perlu Selawat kepada Rasullullah

Posted by admin On November - 8 - 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ana merasakan selawat kepada Rasullullah adlah satu keperluan! Ini bukan satu perkara remeh. Asal plak? Hari ini ana terima penyampaian dari Abang Zulkifli Willi tentang TANDA HATI BERIMAN. Dia tidak dapat sampaikan banyak kerana masa singkat. Maka disampaikan 3;

  1. Mahabbatullah
  2. Berserah kepada Allah
  3. Tenteram dan Kedamaian

Wahai rakan dan sahabat seperjuangan sekalian.

Mahabbatullah adalah gabungan 2 perkataan iaitu “habba” dan “Allah”. Habba adalah cinta dan Allah adalah TUHAN SEMESTER ALAM. Maka Mahabbatullah adalah KECINTAAN KEPADA ALLAH. Realiti kini kita segar apabila dilontarkan isu cinta sesama manusia dan perkara dunia yang lain. Apakah pandangan kita dengan CINTA ALLAH. Di sini ana ingin mengimplimentasikan apa yang ana dapat dari penyampaian Abang Zul.

Ana seorang mujahid komputer. Setiap hari ana cuba mendapatkan benda baru. Tidak cukup 1 maka ana cari lagi sampai…tiada MOOD atau sampai letih. Apabila letih ana baring sebentar. Baring sebentar itu kadang kala membawa kepada 30 minit dan ada kalanya membawa kepada 3 jam.

Bagaimana dengan ibadah? Ana boleh ukur banding ibadah ana dengan hobbi dan cita ana.

HOBBI & CITA: 60%

IBADAH: 10% +/-

Apakah ana berMahabbatullah? Ana bimbang gak. Walaupun ana meletakkan usaha ana seharian ini sebagai JIHAD, tetapi kawan ana pernah buat perkongsian dengan lontaran kata:

“Apakah kita tahu bahawa LALAI adalah MAKSIAT?”

Marilah kita hayati Surah Al-Baqarah: Ayat 165;

165. Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

Kawan-kawan sekalian,

Dalam mengejar keduniaan kita tidak pernah puas. Memang tidak puas kerana dunia ini bukan kekal. Kita akan puas sekiranya sesuatu itu kekal. Betul tak? Contohnya, hari ini ana lebih cekap dari Ahmad. Rupanya Ahmad lebih berjaya. Maksudnya ana tidak kekal lebih baik dari Ahmad. Bagaimana ingin mendapat kepuasan itu?

Berserahlah kepada Allah.

Mari kita renungkan Surah Al-Kahfi ayat 110;

110. Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.” Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

Bagaimana? Puas? Masya Allah. Tiada kata-kata lain yang lebih baik dari FIRMAN ALLAH.

Apabila kita sudah puas, maka kita tidak perlu berDENGGKI, kan? Maka dengan ini wujudlah ketenteraman dan kedamaian. Lihatlah Rasullullah. Abang Zul sampaikan secoret ringkasan tentang Rasullullah di akhirat. Allah menyuruh Rasullullah angkat kepalanya untuk melihat Allah kekasihnya. Rasullullah tidak mampu. Rasullullah tertunduk dan tersungkur.

Masya Allah. Apakah kita terpilih untuk bertemu Allah? Nak..nak…nak.

Isteri Rasullullah persoalkan kesungguhkan amal ibadah Rasullullah kerana Rasullullah telah dijamin syurga. Rasullullah persoalkan semula. Apakah salah dia ingin menjadi hamba Allah yang bersyukur?. Masya Allah. Bagaimana dengan kita?

Realiti diri kita pada masa kita. Kita amat memerlukan syafa’at Rasullullah. Rasullullah diizinkan Allah untuk membantu umat yang cinta kepadanya dengan pengamalan sunnah dan selawat.

Kawan-kawan sekalian, tiada amal yang paling mudah dari zikir dan selawat. Kan? Marilah kita berselawat kepada Rasullullah S.A.W…..semoga kita dipilih Allah sebagai kekasihnya. Akhir kata, marilah kita akhiri dengan,

Surah As-Shuara’  Ayat: 88 & 89:

88. (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

89. kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,

—————————————————————————————————————————————

dsc01033.jpg

Wasalam..

Popularity: 1% [?]

Leave a Reply

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Spam Protection by WP-SpamFree

Load time improved by PHP Speedy